Wednesday, April 23, 2008

KBSR- Radzi menangis?

Selepas menamatkan zaman tadika dengan jayanya, Kerajaan telah mewajibkan budak comel 7 tahun seperti saya untuk ke sekolah. Ibu bapa saya yang mulanya bercadang hendak menghantar saya ke Rusia bagi program angkasa sawan terpaksa menurut hasrat kerajaan itu kerana bimbang akan dipenjara kerana tidak menyekolahkan saya.

Untuk itu, pada umur 7 tahun, saya ke SK Selayang Baru- sekolah mak saya dulu. Dan di situlah bermula KBSR saya. Opss apa kejadah KBSR itu? Meh sini saya nak royak. KBSR- Kenangan Budak Sekolah Rendah.

Pada hari pertama persekolahan, saya tidak menangis. Pada hari kedua juga saya tidak menangis. Masuk hari ketiga saya masih tidak menangis. Senang cerita saya tidak menangis seperti budak2 hingusan yang lain.

Tetapi pada suatu hari, saya menangis. Ya, saya menangis. Menangis ertinya mengalirkan air mata dari..err.. mata lah! Saya masih ingat hari itu- hari di mana saya menangis- hari di mana saya menjadi hero-

Saya ke sekolah seperti biasa. Dalam perjalanan, saya melihat seorang budak perempuan (pelajar kelas saya), Ayu sedang dikacau (baca: dingorat) oleh beberapa budak lelaki. (yang saya kira budak darjah tiga).

mereka telah mengambil beg Ayu dan menyorokkannya. Ayu yang helpless hanya mampu menangis. Budak2 lelaki yang tidak gentleman itu hanya ketawa. Saya sekadar menggeleng kepala. Poorah! Apa punya taktik la nak ngorat pon. Tak ada ciri2 Islam Hadhari langsung! Tetapi...

Apabila melihatkan seorang dari mereka menarik2 tudung Ayu, saya rasa itu bukan mengorat namanya. Tetapi gangguan seksual. Tahu apa yg saya lakukan?

saya dengan ‘tidak sengaja’ dan ‘berat hati’ telah menumbuk budak lelaki yang menarik2 tudung Ayu. Wow! Macam filem Hindustan lah!

Memang teruk juga saya bergaduh. Oh ye, saya memang jenis kuat gaduh masa kecik2 dulu. Dah besar ini baru jadi pencinta alam sekitar (ada kaitan ke?). walaupun teruk saya dipukul tapi saya puas kerana budak yang menarik tudung Ayu itu telah luka2 di muka. Saya rasa bibirnya juga berdarah. Dan..cikgu Zamri datang. (cikgu disiplin yang sangat garang).

Saya yang hanya cedera2 sikit telah dijatuhi hukuman bersalah. (hanya disebabkan itu!) sejak daripada itu saya menganggap dunia ini tidak adil. Never expect fair trial!

Ayu? Oh, budak perempuan itu boleh jek buat tak tau. Bukannya nak bagi bunga ke cokelat ke. Ini tidak, macam tak ada apa2 berlaku je. Budak2 laki gatal itu? Disebabkan mereka darjah 3 (nak PTS kan?), jadi mereka hanya kena ketuk ketampi. Saya? Menangis..... mengapa?

Pada perhimpunan petang, saya dikehendaki menyanyikan lagu Anak Itik Tok Wi (ingat lagu ini?) di depan semua murid2. Saya berasa sangat malu. Saya bukanlah Anuar Zain mahupun Faizal Tahir. Tetapi mengapa saya disuruh menyanyi? Pada mulanya, saya beranggapan mungkin cikgu itu nampak bakat terpendam saya. Tetapi selepas melihat budak2 lain ketawakan saya, maka saya tahu ini merupakan konspirasi untuk memalukan saya.

Dan... sewaktu pulang ke rumah, saya menangis sepuas2nya. Esoknya saya tidak ke sekolah kerana malu.. sejak dari itu, saya berjanji tidak akan menjadi hero lagi kerana kelak hero pasti menangis.. Adios..

Que Sera Sera


20 hb yang lepas merupakan hari jadi ibu saya. hari ini saya ingin mencoret mengenai ibu saya yg baru berumur 38 tahun.

Ketika saya kecil (seingat saya dalam 2-3 tahun), di masa saya tidur di dalam buaian, di masa saya minum milo dalam botol dan di masa saya masih memakai lampin, ibu sering mendodoikan saya dengan alunan suaranya.
Kadang2 ibu mengaji, kdg2 ibu berzanji (kerana itu saya minat mawi memandgkan beliau mempopularkan kembali amalan berzanji dgn albumnya), kdg2 ibu bergurindam. Apapun, yg paling sy ingat, ialah satu lagu yg begitu menenangkan saya.

Apa lagunya? Que sera-sera oleh Doris Day.

Semasa kecil, saya tidak pernah faham apa yg dimaksudkan dari lagu itu. Mana taknya, ketika itu matematik dan sains belum diajar di dalam bahasa inggeris. Jadi sumpah saya tak faham. Hehe

Saya mula teringat lagu ini kembali sekitar tingkatan 3. Waktu itu saya membaca temu bual Ungku Aziz (sesiapa yg tidak mengenali susuk ini, maka wajib dirinya pergi haji dgn jalan kaki kerana Tabung Haji merupakan idea beliau).
Berbalik kpd cerita tadi, di dalam temu bual itu, perkataan Que Sera Sera digunakan. Saya yg takjub terus bertanyakan ibu. Kata ibu Que Sera sera merupakan lagu klasik. Jadi, saya menggoogle mencari lagu itu. Apabila saya dengar, saya suka. Apabila saya suka, saya....suka lah!

Saya terasa seperti lagu ini familiar sgt. Apakah lagu ini merupakan nyanyian sharifah aini feat ramli sarip? Saya silap. Kemudian barulah saya ingat, lagu ini merupakan lagu mendodoikan saya.

Que sera sera bermaksud- whatever will be, will be/ apa nak jadi, jadilah.

Semasa sy pening memikirkan’ so-called’ cita2, sy terfikirkan Que sera sera.
Semasa sy tension menjawab soalan jenaka SPM, sy teringat Que sera sera.
Semasa sy mempunyai krisis dgn orang, sy terkenang Que sera sera.
Semasa sy buntu dlm masalah, sy terbayang Que sera sera.


Bagi saya Que sera sera seperti suatu quote atau kata2 semangat utk saya. Que sera sera juga merupakan salah satu falsafah hidup saya.

Ia samalah seperti saya menganggap Ibu yg dicintai sebagai pemberi inspirasi kpd saya.
Kepada Ibu: Terima Kasih. Selamat Hari Jadi.

Sunday, April 20, 2008

'Malaysia, Land of Glory'

I am reminded of the song entitled 'Malaysia, Land of Glory' of the 60s. The lyrics goes something like this:

On the shore beyond the tropical sea.
You will stand to welcome me
On the shore beneath the sky so blue
All my dreams, at last will come true.

O, Malaysia, land of glory,
Where I found my hearts true love
Soon we'll be meeting, dear Malaysia
You will be forevermore.

The lyrics speaks of the deep love, desire and dreams of all Malaysian (then)for our country: to welcome all its citizen; to make each of our dreams - ourselves and our children, to come true; to work and make this country to a glorious one and to defend it with our lives, and to realise it as soon as possible.

see? how patriotism i am.hehe bukan nk masuk bakul angkat sendiri tp I love Malaysia!

La vie existe grace aux choix

apa yang saya merepek kali ni? haha ini bukan bahasa arab tetapi perancis. ia juga bukan kata2 mencarut tetapi quote.. hmmm maknanya?
Life exists because of choice
apa yg saya cuba merepek kali ini? saya ingin berfalsafah selepas tulisan sebelum ini saya berpolitik. saya rasa ini prerogative saya memandangkan blog ini saya yg punya.haha sudah dua minggu saya tidak menulis posting baru. ini semua gara2 baru memasuki short sem di UIA. tetapi fikiran saya tetap terus berfikir.

apa kaitan dgn quote ini?

sebelum bermula sem baru ini, ayah saya ada bertanyakan kpd saya apa yg saya nk jadi. (baca: cita2) Saya katakan kpdnya, cita2 hanya impian yg membebankan. (sungguh, sy berkata begini kpdnya. jgn fikir saya cheneke!)

Dia kehairanan tetapi hanya senyum dan berkata..... kata apa? kata quote inilah! La vie existe grace aux choix dan....tiba giliran saya yg kehairanan dan saya berfikir. apa yg aku nk jd ye?

sebenarnya sudah lebih setahun sy memikirkan hal ini. selama setahun lebih ini jugalah ibu bapa sy pening dgn hala tuju saya. nak tahu apa pilihan yg sy ada/ditawarkan?

tunggu posting seterusnya..

p/s: maaf, saya sedikit sibuk dua hari cuti ini. kpd mereka (rakan2) yg asyik bertanyakan posting baru saya (terutama psl perjalanan persekolahan sy), sy akan menulis sebelum bulan 5.. apapun, jgn segan silu utk terus komen.. oh ye, sy masih menggunakan no hp lama:
012-9322442

Wednesday, April 9, 2008

Wind of Change


I follow the Moskva
Down to Gorky Park

Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever

The wind of change blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell for peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

For me, this is the greatest song ever. Getting inspired by the lyric.

Tuesday, April 8, 2008

Haha mari belajar perkataan baru bersama Abg Radzi!






MENDOLAH – ertinya tidur ketika bekerja. Ini samalah dengan bidalan ‘curi tulang’.
CONTOH AYAT: Rakyat Malaysia banyak mendolah ketika menonton tv Malaysia ketika menonton rancangan komidi Berita. Ketika saya di sekolah dahulu jika guru saya membosankan maka saya akan mendolah.
SEJARAH PERKATAAN: Perkataan ini merujuk kepada Pak Lah kerana sering tertidur ketika menghadiri apa2 acara rasmi.

MENAAJIBKAN –memberi makna hairan lagi menghairankan.
CONTOH AYAT: Rakyat menjadi cukup naajib apabila mahkamah diberitahu bahawa model ini pernah makan malam dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apabila media luar negara memburu menteri berkenaan beliau telah menaajibkan diri.
SEJARAH PERKATAAN: Najib adalah TPM Malaysia. Apabila diajukan tentang Altantuya, dia akan kununnya terkejut beruk. Dia mempunyai hubungan sulit dengan model itu.

PAATAIL - Perkataan ini bermakna saekor barua muda. Barua bermakna tali barut.
CONTOH AYAT: Abdel Ghaani adalah seekor pelajar tercorot dan amat bengap lagi poyo dalam fakulti undang-undang di Universiti Malaya. Ghaani tidak ada pilihan melainkan menjadi paatail kepada kawan sekelas yang lebih bijak.
SEJARAH PERKATAAN: Gani Patail merupakan Peguam Negara yang sering menutup kes2 rasuah menteri.

NAZZRI : bermakna seekor manusia yang menyalak kuat seperti Routweiler.
CONTOH AYAT : Apabila seseorang itu kurang ilmu pengetahuan maka dia akan bernazzri. Lebih kosong di antara dua telinganya maka lebih bernazzrilah insan itu.
SEJARAH PERKATAAN: Nazri Aziz merupakan menteri di jabatan Perdana Menteri dan menguruskan hal kehakiman. Dia ni botak, ilmunya kurang dan status ijazah undang2nya diragui. Apabila bercakap dan komen sesuatu, dia akan menjawab secara ganas dan membuta tuli.

RASHEED - Perkataan ini juga membawa makna seekor barua. Berbeza dengan perkataan paatail kerana rasheed membawa makna saekor barua tua yang penuh dengan tipu helah.
CONTOH AYAT : Abdeel pun merasheedkan dirinya kerana dia menyedari tanpa merasheedkan dirinya tidak mungkin dia mendapat kerja sebagai penjaga tandas. Rasheed ini juga sedar orang ramai memandang hina terhadap dirinya tetapi kerana ingin mencari makan maka dia pun menjadi barua yang paling rasheed sekali.
SEJARAH PERKATAAN: Rashid merupakan Pengerusi Suruhanjaya pilihanraya (SPR). Dia ni merupakan tali barut kerajaan. Kerana itu, BN asyik menang dalam pilihan raya..

Saya berdoa agar perkataan2 ini akan dimasukkan ke dalam kamus dewan edisi ke 16 kelak. Dan jika ia menjadi kenyataan, saya pasti akan keluar UIA..

Yang tua2 bangka-oldtai ni bagus sgt ke ha?!

Apakah perkara yang susah dalam dunia ini? jawapannya ialah menjadi anak-anak muda Melayu di Malaysia.

Kalau hairan kenapa saya berkata sedemikian sila baca akhbar Melayu. Ada yang menulis tentang anak muda Melayu kurang hormat pada orang tua. Anak muda Melayu tidak berbudi bahasa. Ada yang membuktikan bahawa anak muda Melayu tidak pandai berterima kasih.

Kemudian diberikan bukti statistik bahawa anak muda Melayu paling ramai tersimpan dalam pusat serenti. Anak muda Melayu paling ramai sebagai kaki lepak. Anak muda Melayu paling ramai tidak pandai dalam ilmu sains dan matematik. Anak muda Melayu tidak cekap dalam Bahasa Inggeris. Anak muda Melayu banyak jadi Mak Nyah dan gay.

Untuk mensahihkan berita yang dilaporkan ini, maka para pengamal media akan menemubual seorang profesor kangkong dari Universiti Selayang yang bertali leher tebal untuk memberikan pandangan tentang anak muda Melayu.

Profesor kangkong ini akan berteori untuk mengatakan bahawa semua ini adalah gejala sosial yang puncanya dibawa oleh Barat. Jadi dia memberi pandangan bahawa anak-anak muda Melayu ini akan menjadi warga yang berguna jika mereka digalakkan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Hah! Berdarah kepala otak anak-anak muda Melayu. Setiap hari mereka dipersalahkan. Jika mereka tidak lulus belajar mereka dikatakan malas. Jika mereka berijazah tetapi tidak mendapat pekerjaan, mereka dituduh terlalu memilih kerja. Jika mereka bekerja, mereka akan dituduh tidak professional dan selalu curi tulang.

Nanti sebentar! Cuba kita buka mata dan amati apa yang sedang berlaku sekarang. Amat jelas bahawa ruang untuk anak muda untuk melayari kemudaan mereka makin disempitkan. Zaman muda untuk meneroka potensi dan semua kemungkinan dalam hidup muda ini semakin dihalang. Anak-anak muda Melayu ini ingin dituakan sebelum mereka tua.

Memang banyak persatuan belia yang wujud dalam negara ini. Tetapi lihat pula barisan pemimpin anak-anak muda dan belia ini - semuantya 'oldtai'. Semuanya telah kotai dan tua bangka.

Dalam universiti - gelanggang ilmu anak muda – seribu satu macam larangan telah diwartakan. Bayangkan ada pula universiti yang mewajibkan para pelajarnya memakai baju lengan panjang dan tali leher. Ada yang mengharamkan baju T. Mungkin jika anak muda ini memakai tali leher apabila mendengar kuliah maka otak mereka akan cepat menerkam apa sahaja yang diluahkan oleh para profesor kangkong. Tiba-tiba tali leher dilihat sebagai alat penting penerima ilmu.

Saya merasa sedih kerana setiap hari yang menjerit kepanasan ialah orang muda. Tidak ada pula sesiapa pun yang berani menyalahkan Orang Tua yang membuat dasar kelakar ini. Meleleh otak ke kaki jika menjadi anak muda di Malaysia.
Yang Tua-tua bangka, oldtai ini baik sangat ke?