Saturday, May 17, 2008

Orang Tua...

Perkara yang paling membosankan ialah mendengar labon-labon kosong dari orang-orang pencen. Ketika saya kanak-kanak dulu saya pernah mendengar labon dari mulut polis pencen. Mamat pencen ini macam Tok Selampit, berlabon berjela-jela.

Dia bersurah tentang bagaimana dia berjaya menangkap gangster itu dan samseng ini satu ketika dahulu. Di penghujung cerita si Mamat ini akan berkata bahawa ‘polis ari ni tak macam dulu… dulu kami hebat…

’kebelakangan ini telah muncul satu lagi genre Tok Selampit baru. Tok Selampit baru ini ialah bekas menteri dan bekas Perdana Menteri. Mereka ini bersepah-sepah, pergi tersepak pulang terlanggar.

Anak sekolah atau anak-anak muda langsung tidak ambil pot terhadap orang pencen jenis ini. Malah mereka akan bertanya ‘Mahathir? Mahathir tu, yang jual kasut bundle kat pasar malam ke?’ Najib tu dia orang Mongolia ke?’Saya telah merasa bosan dengan surah dan labon Tok Selampit baru ini.

Saya marah kerana ceritera dan surah yang mereka labonkan TIDAK masuk akal dan amat memualkan.Baru-baru ini telah ada lagi satu perhimpunan orang-orang pencen ini dan orang-orang yang bakal pencen. Pusing punya pusing, putar punya putar Tok Selampit ini membuka labon yang paling membosankan – cerita MELAYU dan HAK BUMIPUTERA. Ini cukup loya lagi meloyakan.

Saya menolak hak bumiputera dan menolak hak keistemewaan ini. Saya tolak kerana ianya bohong dan karut. Ianya satu penipuan sama seperti Prince Cinderella mengakui bahawa dirinya keturunan raja.Orang-orang Melayu istemewa ini sama ada yang pencen atau yang akan pencen atau yang sedang berlabon sebagai Tok Selampit inilah sebenarnya yang telah menggadaikan hak asasi bangsa Melayu.

Contoh terakhir paling dekat dengan kita ialah penduduk Kampung Berembang di Jalan Ampang. Penduduk kampung ini telah meneroka kawasan ini 30 atau 40 tahun dahulu. Tiba-tiba tanah mereka akan dirampas oleh orang-orang Melayu yang ‘istemewa’ ini. Tanya dan jawab sendiri.

Orang-orang pencen yang berlabon berjela-jela yang menjadi Tok Selampit ini cukup senang untuk dikenali. Tanda utamanya ialah ucapan mereka akan bermula dengan ‘…. bangsa kita…’ dan berakhir dengan ‘ … kenapa kerajaan hari ini tidak melakukan….’

NOTA: Kepada pembaca yang tidak tahu apakah Tok Selampit sila berpindah ke Gunung Jerai.

No comments: