Saturday, May 17, 2008

Dan juga Radzi dengan Tom Cruise? OPSSS….

Apa yang saya ingin tuliskan di sini ialah mitos megenai pemandu perempuan vs pemandu lelaki. Saya amat pasti anda juga sering mendengar bermacam2 mengenai hikayat pemandu perempuan yang bla..bla..bla... begitu juga pemandu lelaki sebagai la..la…la… Di sini saya sebagai pengguna baru jalan raya akan bersurah mengenai mitos ini mengikut kaca mata saya ops!- Saya masih belum rabun.. -dari mata saya…

Mitos pemandu perempuan:
1) apabila anda sedang sedap memandu tiba2 ada kereta yang lembap di hadapan, anda pasti berkata ‘oh ni mesti perempuan yang bawak. Tembel betul!’

Mengapa tidak pula kita terfikir yang pemandu kereta hadapan yang lembap itu kemungkinan warga tua yang memandu?

Mengapa kita tidak fikir kereta di hadapan itu memang sudah tua dan tidak boleh dibawa laju?

Mengapa kita marahkan golongan ini yang mengikut peraturan jalan raya sedangkan kita tidak?

Mitos pemandu lelaki:
1) Gemar membawa laju sehingga menyebabkan kemalangan dan ketakutan pemandu lain.

Amat kasihan. Bagaimana pula dengan spesis lelaki lembut yang memandu? Maaf, saya tidak yakin mereka akan bertindak sebagai pembuli di jalan raya.

Mungkin disebabkan semua pemandu F1 adalah lelaki jadi kelajuan dikaitkan dengan lelaki. Ini tidak adil! (dialog P Ramlee)

Untuk meneruskan tulisan ini, saya coretkan dakwaan pemandu pula.

Dakwaan pemandu perempuan:
1) mereka adalah pemandu yang cekap. Patuh akan peraturan jalan raya. Buktinya kebanyakan kemalangan jalan raya banyak melibatkan pemandu lelaki.

Saya ketawa terbahak2 mendengar dakwaan ini. Pemandu yang cekap? Tolonglah! Jika anda pergi mengambil ujian JPJ terutama bahagian bukit, kebanyakan calon yang keretanya terundur ke belakang adalah perempuan!

Seterusnya statistic kemalangan yang menyebut pemandu lelaki lebih banyak menyumbang ke arah kemalangan,, memang benar. Saya tak menafikannya. Tetapi cuba anda fikir, hampir 75% pemandu di jalan raya adalah pemandu lelaki. Jadi tidak mustahil pemandu lelaki lebih banyak ditimpa kemalangan kerana kadar kebarangkaliannya lebih tinggi.

Dakwaan pemandu lelaki:
1) mereka lebih berpengalaman dan bijak di jalan raya.
Mereka juga tenang dan tahu untuk mengawal kereta apabila keadaan cemas berlaku.

Hujah ini membuatkan saya ingin sendawa! Saya ingin menyelitkan suatu cerita di sini.

Tahun lepas, saya mengikuti ujian JPJ kereta. Bersama saya adalah rakan saya dan juga teman wanitanya. Apabila tiba giliran rakan saya ini untuk mengambil ujian di bahagian jalan besar, makwenya bercakap ‘good luck. Jangan gagal.’ Lantas disambut oleh rakan saya dengan beruknya ‘ala, orang lelaki kalau takat jalan besar ni dah biasa dah. Saya cuba tidak mengambil pot akan cakap itu. Malah mendoakan agar dia lulus.


Selang seketika dia pulang selesai mengambil ujian. Tetapi saya terkejut siamang apabila yang memandu kereta di waktu pulang adalah pegawai JPJ. Maknanya dia GAGAL! Saya diperhatikan oleh ramai orang di situ kerana ketawa berdekah-dekah. Makwenya juga tersenyum simpul. Rakan saya berasa amat malu. Nah, padan muka!

Mujur juga makwenya itu tidak berpaling kepada saya memandangkan saya lulus.hehe

Untuk kita membandingkan antara pemandu perempuan dan pemandu lelaki, samalah seperti kita membandingkan antara

Coca cola dengan pepsi…
Adidas dengan nike…
Utusan Malaysia dengan berita harian…
BMW dengan Mercedes…
KFC dengan Mc Daonald…

Dan juga Radzi dengan Tom Cruise? OPSSS….

No comments: