Wednesday, April 23, 2008

Que Sera Sera


20 hb yang lepas merupakan hari jadi ibu saya. hari ini saya ingin mencoret mengenai ibu saya yg baru berumur 38 tahun.

Ketika saya kecil (seingat saya dalam 2-3 tahun), di masa saya tidur di dalam buaian, di masa saya minum milo dalam botol dan di masa saya masih memakai lampin, ibu sering mendodoikan saya dengan alunan suaranya.
Kadang2 ibu mengaji, kdg2 ibu berzanji (kerana itu saya minat mawi memandgkan beliau mempopularkan kembali amalan berzanji dgn albumnya), kdg2 ibu bergurindam. Apapun, yg paling sy ingat, ialah satu lagu yg begitu menenangkan saya.

Apa lagunya? Que sera-sera oleh Doris Day.

Semasa kecil, saya tidak pernah faham apa yg dimaksudkan dari lagu itu. Mana taknya, ketika itu matematik dan sains belum diajar di dalam bahasa inggeris. Jadi sumpah saya tak faham. Hehe

Saya mula teringat lagu ini kembali sekitar tingkatan 3. Waktu itu saya membaca temu bual Ungku Aziz (sesiapa yg tidak mengenali susuk ini, maka wajib dirinya pergi haji dgn jalan kaki kerana Tabung Haji merupakan idea beliau).
Berbalik kpd cerita tadi, di dalam temu bual itu, perkataan Que Sera Sera digunakan. Saya yg takjub terus bertanyakan ibu. Kata ibu Que Sera sera merupakan lagu klasik. Jadi, saya menggoogle mencari lagu itu. Apabila saya dengar, saya suka. Apabila saya suka, saya....suka lah!

Saya terasa seperti lagu ini familiar sgt. Apakah lagu ini merupakan nyanyian sharifah aini feat ramli sarip? Saya silap. Kemudian barulah saya ingat, lagu ini merupakan lagu mendodoikan saya.

Que sera sera bermaksud- whatever will be, will be/ apa nak jadi, jadilah.

Semasa sy pening memikirkan’ so-called’ cita2, sy terfikirkan Que sera sera.
Semasa sy tension menjawab soalan jenaka SPM, sy teringat Que sera sera.
Semasa sy mempunyai krisis dgn orang, sy terkenang Que sera sera.
Semasa sy buntu dlm masalah, sy terbayang Que sera sera.


Bagi saya Que sera sera seperti suatu quote atau kata2 semangat utk saya. Que sera sera juga merupakan salah satu falsafah hidup saya.

Ia samalah seperti saya menganggap Ibu yg dicintai sebagai pemberi inspirasi kpd saya.
Kepada Ibu: Terima Kasih. Selamat Hari Jadi.

No comments: