Wednesday, April 30, 2008

3 pilihan

Jika saya dihadapkan dgn pertanyaan paling susah di dunia, sudah pasti soalan itu berbunyi..
“ Apa cita2 kau radzi?”

Argh! Saya pasti buntu, mati kutu, tak tentu, naik hantu nak jawab soalan ini. Malah setiap kali saya ditanya, setiap kali itulah jawapan sy berbeza. Mengapa? Hahaha meh sini saya nak bersurah..

Saya amat teruja dan teringin dan mengidam (mcm org mengandung lak) belajar di luar negara. Saya tidak kisah sama ada negara itu ada sambal belacan atau tidak, yg pasti saya mahu minda sy terbuka lebih luas jika sy ke luar negara.

Asas pemikiran dibentuk dari pemerhatian. Pemerhatian melahirkan perbuatan. Perbuatan meciptakan ilmu pengetahuan. Pemikiran, pemerhatian, perbuatan, pengetahuan (4P) tidak boleh dibeli dgn wang ringgit. Ia juga tidak boleh ditukar dgn perempuan model hot.. ia hanya boleh diperoleh melalui pengalaman. Utk mendapatkan pengalaman, seseorg perlu mencuba sesuatu yg baru. Dalam kes ini, belajar di luar negara ialah mencuba benda baru.

(Macam tesis je perenggan atas ni.huhu)

Kelak ketika sy menjadi atuk, sy akan duduk dengan cucu sy dan akan bersurah kpd mereka pengalaman2 sy ketika remaja. (bukankah keremajaan utk menerokai dunia?)

Masalahnya, sy perlu gi oversea guna duit sendiri. Sy hnya 8A (campur tasawwur 9A), jd JPA dan MARA begitu ‘segan’ nak memberikan sy biasiswa. Di sini sy sudah ‘stuck’

Selain itu, saya juga tersepit di antara prestij dan kemahuan. Begini, saya merupakan ex-mrsm jasin aka sekolah terbaik Malaysia. Sy juga mempunyai ramai kwn2 dari sekolah2 elit. Senang cerita mereka ini pandai2 belaka. Jadi sy mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn mereka. Bagi saya, jika sy mengambil medic;

‘Kau attach katne sekarang radzi?’
‘aku sekarang kat Hospital Ampang Puteri. Jabatan anaesthetic.’

‘Anak belajar mana sekarang?’
‘owh Radzi ke. Dia wat medic skrg..’

Inilah dialog2 yg pasti dan selalu didengar. Ini yg sy maksud dgn prestij. Sejujurnya sy mempunyai sifat envy yg tinggi. Sy mesti menjadi lebih hebat dr yg lain. Harus diakui, menjadi doktor merupakan sesuatu yg hebat dan berstatus tinggi dlm masyarakat. Ditambah pula, dalam keluarga BESAR saya, tiada doktor lagi!

Kemahuan dan minat sy? Saya TAK TAHU. Saya minat politik, sejarah, falsafah dan bisnes. Perkara2 ini tak perlukan ijazah pun. Saya boleh belajar sendiri melalui pembacaan dan pengamatan.

Untuk ijazah, saya lebih gemar belajar kursus mudah, rilek2, boleh enjoy. Untuk itu, (sy di UIA sbg AEDians) sy cenderung kpd Quantity Surveying. Tapi masalahnya....:

‘Belajar QS? Ukur bahan? Anak mak cik pun belajar tu jugak. Tak kerja lg.’

‘QS? Apa tu radzi?’

Ini dilemma saya. Bukanlah utk discredit kursus itu (QS professional tau!), tp spt yg dikatakan td. Sy jenis envy dn mesti nak ada pride dgn kwn2 kelak. Jadi di sini juga sy ‘stuck’.

Jadi selama setahun selepas keluar dari matrik perak, inilah dilemma saya. Jadi apakah penyelesaian dan pilihan yg saya ada? (kebarangkalian mengikut turutan)

1) Mesir- Alexandria- Medic. 2008-2014
2) UK- Cambridge (bukan University of Cambridge!)- A level @ foundation- degree undecided. 2008-2012
3) UIA-PJ/Gombak- QS. 2008-2013

Inilah 3 pilihan utama yg pasti menentukan hidup saya. Ibu bapa saya sudah pun bersetuju terhadap 3 ‘jalan’ ini. Kini saya yg perlu memilihnya. Saya perlu memilih not later than 10/8. Mengapa 10/8? Ia merupakan tarikh saya masuk UIA dan tarikh di mana sy menolak ke mesir.

p/s: sangat lega dh luahkan dilemma ini! Seryes.... Que sera sera..

No comments: