Tuesday, April 8, 2008

Yang tua2 bangka-oldtai ni bagus sgt ke ha?!

Apakah perkara yang susah dalam dunia ini? jawapannya ialah menjadi anak-anak muda Melayu di Malaysia.

Kalau hairan kenapa saya berkata sedemikian sila baca akhbar Melayu. Ada yang menulis tentang anak muda Melayu kurang hormat pada orang tua. Anak muda Melayu tidak berbudi bahasa. Ada yang membuktikan bahawa anak muda Melayu tidak pandai berterima kasih.

Kemudian diberikan bukti statistik bahawa anak muda Melayu paling ramai tersimpan dalam pusat serenti. Anak muda Melayu paling ramai sebagai kaki lepak. Anak muda Melayu paling ramai tidak pandai dalam ilmu sains dan matematik. Anak muda Melayu tidak cekap dalam Bahasa Inggeris. Anak muda Melayu banyak jadi Mak Nyah dan gay.

Untuk mensahihkan berita yang dilaporkan ini, maka para pengamal media akan menemubual seorang profesor kangkong dari Universiti Selayang yang bertali leher tebal untuk memberikan pandangan tentang anak muda Melayu.

Profesor kangkong ini akan berteori untuk mengatakan bahawa semua ini adalah gejala sosial yang puncanya dibawa oleh Barat. Jadi dia memberi pandangan bahawa anak-anak muda Melayu ini akan menjadi warga yang berguna jika mereka digalakkan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Hah! Berdarah kepala otak anak-anak muda Melayu. Setiap hari mereka dipersalahkan. Jika mereka tidak lulus belajar mereka dikatakan malas. Jika mereka berijazah tetapi tidak mendapat pekerjaan, mereka dituduh terlalu memilih kerja. Jika mereka bekerja, mereka akan dituduh tidak professional dan selalu curi tulang.

Nanti sebentar! Cuba kita buka mata dan amati apa yang sedang berlaku sekarang. Amat jelas bahawa ruang untuk anak muda untuk melayari kemudaan mereka makin disempitkan. Zaman muda untuk meneroka potensi dan semua kemungkinan dalam hidup muda ini semakin dihalang. Anak-anak muda Melayu ini ingin dituakan sebelum mereka tua.

Memang banyak persatuan belia yang wujud dalam negara ini. Tetapi lihat pula barisan pemimpin anak-anak muda dan belia ini - semuantya 'oldtai'. Semuanya telah kotai dan tua bangka.

Dalam universiti - gelanggang ilmu anak muda – seribu satu macam larangan telah diwartakan. Bayangkan ada pula universiti yang mewajibkan para pelajarnya memakai baju lengan panjang dan tali leher. Ada yang mengharamkan baju T. Mungkin jika anak muda ini memakai tali leher apabila mendengar kuliah maka otak mereka akan cepat menerkam apa sahaja yang diluahkan oleh para profesor kangkong. Tiba-tiba tali leher dilihat sebagai alat penting penerima ilmu.

Saya merasa sedih kerana setiap hari yang menjerit kepanasan ialah orang muda. Tidak ada pula sesiapa pun yang berani menyalahkan Orang Tua yang membuat dasar kelakar ini. Meleleh otak ke kaki jika menjadi anak muda di Malaysia.
Yang Tua-tua bangka, oldtai ini baik sangat ke?

3 comments:

Mr Cinderella said...

Sori klau tulisan ini agak serius..huhu ni koleksi aku..

Anonymous said...

Kalau dh nama politician tu mmg xdpt dipisahkan kot.

but I do agree with some of ur points..

persatuan byk orang tua yag pegang. hampeh btl!

Anonymous said...

pakcik,kau bkn org tua jgk ke?