Tuesday, April 8, 2008

Radzi dibuli perempuan?

Hari ini buat pertama kalinya saya menulis mengenai perjalanan hidup saya.

Saya tidak pernah memasuki mana2 tadika. Ketika umur saya 6 tahun, ibu bapa saya telah menghantar saya ke sekolah agama KAFA selayang baru.

Saya masih ingat lagi ketika itu Mak Teh saya menjadi ustazah di situ. Saya, yg sememangnya nakal telah menggunakan ‘kedudukan’ sebagai anak buah ustazah sebaik mungkin. Saya ingat lagi saya suka merampas makanan budak2 (wlpn saya lagi muda) dan apabila mereka enggan, saya akan berkata ‘Nanti aku report kat Ustzah Mas’. Dan...ia berhasil!

Walaupun begitu, saya juga sering dibuli. Bukan dengan budak lelaki sebaliknya budak perempuan.
Radzi dibuli perempuan?
Haha saya pasti tersenyum setiap kali saya mengenangkannya. Mengapa budak perempuan suka membuli saya?

Saya fikir pada mulanya saya ini terlalu kiut. :) tetapi sangkaan saya meleset. Saya dibuli kerana saya pendek. Di pertengahan 90-an, ketika era Ziana Zain, saya begitu pendek. Setiap kali beratur masuk ke kelas, saya pasti berada di depan. Dan...budak perempuan selalu mengejek saya. Ketika itu saya masih belum membuka kitab biologi jadi saya yang tidak faham apa2 terus menyalahkan ibu bapa kerana saya pendek. Dan juga saya pasti menangis.

Untuk menenangkan hati saya, ibu pasti membelikan Jajan. Di masa itu Jajan paling popular ialah keropok durian 30 sen yang dibeli dari uncle ‘Pit-pit’ (kerana bunyi hon motornya). Saya sering bertanya kepada ayah saya mengapa saya pendek dan ayah akan menjawab ‘kau asyik minum milo je, tak nak minum susu.’ Saya terasa hati.

Untuk saya minum susu samalah seperti menyuruh John jangan pandang perempuan. Oleh itu, saya lebih rela menjadi pendek.

Berbalik kepada cerita tadi, budak perempuan juga gemar menyorok kasut saya. Mungkin kerana saiz kasut saya yang comel seperti tuannya menyebabkan kasut saya menjadi buruan. Dan sejak dari itulah saya mula membenci budak2 perempuan. Ya, ketika 6 tahun lagi. Jadi saya yang sememangnya nakal telah merancang satu plan untuk mengenakan semua budak2 perempuan yang sering membuli saya.

Suatu hari saya datang awal ke sekolah. Ketika itu juga masih hangat sambutan aidilfitri, jadi saya mempunyai banyak stok mercun. Awas! Ketika saya 6 tahun, saya sudah pandai untuk membancuh isi meriam. Bagi saya, ia samalah seperti membancuh milo.

Berbalik kepada cerita tadi, saya telah menyediakan ramuan meriam di dalam tin milo. Tin itu kemudiannya saya sorokkan di pondok basikal. Pada masa yang sama, saya meletakkan mancis, beberapa mercun di laci meja budak perempuan yang suka membuli saya. Apabila tiba waktu rehat, saya dengan senyap2 telah membakar meriam tin itu dan hasilnya? Nenek Mak Yah yang merupakan guru besar andartu garang telah mengamuk sakan. Saya kira jika bukan kerana kami ni budak2, sudah pasti kami menjadi hidangan makan malamnya. Haha

Jadi, nenek mak yah guru besar andartu garang telah menyiasat kejadah mana yang mengganggu ketentaraman awam sekolah.huhu saya dengan bangganya telah mereport penemuan saya kepada mak cik saya cum ustazah (saya takut dengan nenek mak yah). Kata saya, saya telah terjumpa mercun dan mancis itu di meja si polan ini. ( memang la saya tau dah saya yang letak)Dan...gunung berapi telah meletus.

Pelajar perempuan yang sering membuli saya itu telah dihadapkan ke mahkamah Mak Yah dan ditahan di bawah akta ‘Padan Muka Kau Buli Aku Lagi 1995’. Haha saya sangat puas dan asyik tersengih ketika pulang. Kini tiada siapa yang akan membuli saya lagi.

Saya jahat? Terpulang anda!

9 comments:

Anonymous said...

Aiyo radzi. kecik2 lagi dh nakal. haha

Anonymous said...

Radzi pendek?

Anonymous said...

Haha sempat2 ko perli john ek?

tp mmg btl pon!

Anonymous said...

aku lah perempuan itu!

Anonymous said...

So apa jadi kt gurl tu ek?

Mr Cinderella said...

kecik2 aku sudah menjadi urban planner.haha ops silap. mastermind. cewah..

nasib perempuan tu? sbnrnye citer tu xla seindah yg disangka. aku pon kena panggil jugak dgn nenek mak yah. tp mujur aku selamat.hehe

Ally Hassan said...

sape pompuan tu?
revenge is everything!

Anonymous said...

den ape tndkn nenek mak yah kpd kau?

bella said...

hahaha!!!
unbelievable!!
1.radzi pendek
2.radzi nakal(tp ade ciri2 nk jadi politician! haha)
3.kna buli pompuan(well, yg ni smpi skang pon tjadik tp bkn sbb ko comel ek!)