Wednesday, April 23, 2008

KBSR- Radzi menangis?

Selepas menamatkan zaman tadika dengan jayanya, Kerajaan telah mewajibkan budak comel 7 tahun seperti saya untuk ke sekolah. Ibu bapa saya yang mulanya bercadang hendak menghantar saya ke Rusia bagi program angkasa sawan terpaksa menurut hasrat kerajaan itu kerana bimbang akan dipenjara kerana tidak menyekolahkan saya.

Untuk itu, pada umur 7 tahun, saya ke SK Selayang Baru- sekolah mak saya dulu. Dan di situlah bermula KBSR saya. Opss apa kejadah KBSR itu? Meh sini saya nak royak. KBSR- Kenangan Budak Sekolah Rendah.

Pada hari pertama persekolahan, saya tidak menangis. Pada hari kedua juga saya tidak menangis. Masuk hari ketiga saya masih tidak menangis. Senang cerita saya tidak menangis seperti budak2 hingusan yang lain.

Tetapi pada suatu hari, saya menangis. Ya, saya menangis. Menangis ertinya mengalirkan air mata dari..err.. mata lah! Saya masih ingat hari itu- hari di mana saya menangis- hari di mana saya menjadi hero-

Saya ke sekolah seperti biasa. Dalam perjalanan, saya melihat seorang budak perempuan (pelajar kelas saya), Ayu sedang dikacau (baca: dingorat) oleh beberapa budak lelaki. (yang saya kira budak darjah tiga).

mereka telah mengambil beg Ayu dan menyorokkannya. Ayu yang helpless hanya mampu menangis. Budak2 lelaki yang tidak gentleman itu hanya ketawa. Saya sekadar menggeleng kepala. Poorah! Apa punya taktik la nak ngorat pon. Tak ada ciri2 Islam Hadhari langsung! Tetapi...

Apabila melihatkan seorang dari mereka menarik2 tudung Ayu, saya rasa itu bukan mengorat namanya. Tetapi gangguan seksual. Tahu apa yg saya lakukan?

saya dengan ‘tidak sengaja’ dan ‘berat hati’ telah menumbuk budak lelaki yang menarik2 tudung Ayu. Wow! Macam filem Hindustan lah!

Memang teruk juga saya bergaduh. Oh ye, saya memang jenis kuat gaduh masa kecik2 dulu. Dah besar ini baru jadi pencinta alam sekitar (ada kaitan ke?). walaupun teruk saya dipukul tapi saya puas kerana budak yang menarik tudung Ayu itu telah luka2 di muka. Saya rasa bibirnya juga berdarah. Dan..cikgu Zamri datang. (cikgu disiplin yang sangat garang).

Saya yang hanya cedera2 sikit telah dijatuhi hukuman bersalah. (hanya disebabkan itu!) sejak daripada itu saya menganggap dunia ini tidak adil. Never expect fair trial!

Ayu? Oh, budak perempuan itu boleh jek buat tak tau. Bukannya nak bagi bunga ke cokelat ke. Ini tidak, macam tak ada apa2 berlaku je. Budak2 laki gatal itu? Disebabkan mereka darjah 3 (nak PTS kan?), jadi mereka hanya kena ketuk ketampi. Saya? Menangis..... mengapa?

Pada perhimpunan petang, saya dikehendaki menyanyikan lagu Anak Itik Tok Wi (ingat lagu ini?) di depan semua murid2. Saya berasa sangat malu. Saya bukanlah Anuar Zain mahupun Faizal Tahir. Tetapi mengapa saya disuruh menyanyi? Pada mulanya, saya beranggapan mungkin cikgu itu nampak bakat terpendam saya. Tetapi selepas melihat budak2 lain ketawakan saya, maka saya tahu ini merupakan konspirasi untuk memalukan saya.

Dan... sewaktu pulang ke rumah, saya menangis sepuas2nya. Esoknya saya tidak ke sekolah kerana malu.. sejak dari itu, saya berjanji tidak akan menjadi hero lagi kerana kelak hero pasti menangis.. Adios..

2 comments:

Ally Hassan said...

ya tuhan!!!
anak itik tok wi??
mesti klaka ko nyanyi kan~

Anonymous said...

haha, sadis giler time ko skola dlu...
mcm2 tjadik... XD