Tuesday, April 8, 2008

Haha mari belajar perkataan baru bersama Abg Radzi!






MENDOLAH – ertinya tidur ketika bekerja. Ini samalah dengan bidalan ‘curi tulang’.
CONTOH AYAT: Rakyat Malaysia banyak mendolah ketika menonton tv Malaysia ketika menonton rancangan komidi Berita. Ketika saya di sekolah dahulu jika guru saya membosankan maka saya akan mendolah.
SEJARAH PERKATAAN: Perkataan ini merujuk kepada Pak Lah kerana sering tertidur ketika menghadiri apa2 acara rasmi.

MENAAJIBKAN –memberi makna hairan lagi menghairankan.
CONTOH AYAT: Rakyat menjadi cukup naajib apabila mahkamah diberitahu bahawa model ini pernah makan malam dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apabila media luar negara memburu menteri berkenaan beliau telah menaajibkan diri.
SEJARAH PERKATAAN: Najib adalah TPM Malaysia. Apabila diajukan tentang Altantuya, dia akan kununnya terkejut beruk. Dia mempunyai hubungan sulit dengan model itu.

PAATAIL - Perkataan ini bermakna saekor barua muda. Barua bermakna tali barut.
CONTOH AYAT: Abdel Ghaani adalah seekor pelajar tercorot dan amat bengap lagi poyo dalam fakulti undang-undang di Universiti Malaya. Ghaani tidak ada pilihan melainkan menjadi paatail kepada kawan sekelas yang lebih bijak.
SEJARAH PERKATAAN: Gani Patail merupakan Peguam Negara yang sering menutup kes2 rasuah menteri.

NAZZRI : bermakna seekor manusia yang menyalak kuat seperti Routweiler.
CONTOH AYAT : Apabila seseorang itu kurang ilmu pengetahuan maka dia akan bernazzri. Lebih kosong di antara dua telinganya maka lebih bernazzrilah insan itu.
SEJARAH PERKATAAN: Nazri Aziz merupakan menteri di jabatan Perdana Menteri dan menguruskan hal kehakiman. Dia ni botak, ilmunya kurang dan status ijazah undang2nya diragui. Apabila bercakap dan komen sesuatu, dia akan menjawab secara ganas dan membuta tuli.

RASHEED - Perkataan ini juga membawa makna seekor barua. Berbeza dengan perkataan paatail kerana rasheed membawa makna saekor barua tua yang penuh dengan tipu helah.
CONTOH AYAT : Abdeel pun merasheedkan dirinya kerana dia menyedari tanpa merasheedkan dirinya tidak mungkin dia mendapat kerja sebagai penjaga tandas. Rasheed ini juga sedar orang ramai memandang hina terhadap dirinya tetapi kerana ingin mencari makan maka dia pun menjadi barua yang paling rasheed sekali.
SEJARAH PERKATAAN: Rashid merupakan Pengerusi Suruhanjaya pilihanraya (SPR). Dia ni merupakan tali barut kerajaan. Kerana itu, BN asyik menang dalam pilihan raya..

Saya berdoa agar perkataan2 ini akan dimasukkan ke dalam kamus dewan edisi ke 16 kelak. Dan jika ia menjadi kenyataan, saya pasti akan keluar UIA..

8 comments:

Anonymous said...

hye!

so wonderful piece of writing.

cynical but funny! keep it up ur good work dude!

Mr Cinderella said...

thanks edmund!

Anonymous said...

abangku! dah mula ar tu nak politik2 ni. abg tu student lg. blaja dulu.

lg 1,br kak 'f****' mesej cmtu dh suka smpai taruk kt blog. apa ar!

wat malu adek je.. hehe

Mr Cinderella said...

oyt adek! yg ptg ko restu kan tu kakak ipar ko? haha

Anonymous said...

Seryes best!

Anonymous said...

btol2! pttnyer ko tmbah lg.

menteri2 yg lain byk je yg korup dn klaka.. samy vellu ke.

Mr Cinderella said...

haha apa kata aku wat utk bilik kita nyer lak?

Mem'BOY'ankan= maksudnya suka bertuala ke mana2 ops!

bella said...

sape kak 'f****' tu ha...
wawawa, kantoi! X)