Saturday, May 17, 2008

RM 50, 000....


Beberapa minggu yg lepas, kawan baik saya telah terjumpa dgn pakcik REZEKI.. Pak cik itu bernilai RM50,000. saya tertanya2 bagaimanakh rasanya utk mempunyai RM50,000..

selang sehari selepas itu, ayah menyuruh sy ke bank utk cash-in duit.. sy ingat seringgit dua tapi rupanya RM50,000!

apakah ayah terlibat dlm rompakan bank? sjika benar, sy begitu sedih-bukan kerana ayah bakal ke penjara tetapi sedih kerana jumlah yg dirompaknya terlalu ciput..haha (selalu org rompak bank juta2)

apapun, duit itu bukanlah rompakan bank mahupun skim cepat kaya hatta rasuah sekalipun. Ia merupakan duit syarikatnya.. (sy xla begitu kaya nak ada duit sebanyak itu)
jadi, dptlah sy 'bermain2' sebentar dan 'bermanja2' dgn duit itu.. :)

apa rasanya? sgt simple- sy nak jadi kaya! (best giler pegang duit byk2)

Hadiah hari jadi..(lambat lagi)


Aku dah dapat fikir apa yg aku nak mintak masa hari jadi aku nanti.. :)


tadi pun dah saje2 tanya kat mak dan reaksinya mcm boleh..errr... apa yg aku mintak?


mula2 ingat nak mintak restu..opsss...hehe bukanla, aku nak mintak piano..


dah lama tak main.. lepas main kat rumah kawan semalam, rasa teruja pulak nak ber'piano' ni..


lgpun, aku pun nak suruh adik2 aku ni main dn belajar bermuzik.. xla dorg tensen ke nanti..


so, harap2 dptla!


Adawiyah- adik bongsu...






HAHA mmg comel mcm abang dia..weee~

Dan juga Radzi dengan Tom Cruise? OPSSS….

Apa yang saya ingin tuliskan di sini ialah mitos megenai pemandu perempuan vs pemandu lelaki. Saya amat pasti anda juga sering mendengar bermacam2 mengenai hikayat pemandu perempuan yang bla..bla..bla... begitu juga pemandu lelaki sebagai la..la…la… Di sini saya sebagai pengguna baru jalan raya akan bersurah mengenai mitos ini mengikut kaca mata saya ops!- Saya masih belum rabun.. -dari mata saya…

Mitos pemandu perempuan:
1) apabila anda sedang sedap memandu tiba2 ada kereta yang lembap di hadapan, anda pasti berkata ‘oh ni mesti perempuan yang bawak. Tembel betul!’

Mengapa tidak pula kita terfikir yang pemandu kereta hadapan yang lembap itu kemungkinan warga tua yang memandu?

Mengapa kita tidak fikir kereta di hadapan itu memang sudah tua dan tidak boleh dibawa laju?

Mengapa kita marahkan golongan ini yang mengikut peraturan jalan raya sedangkan kita tidak?

Mitos pemandu lelaki:
1) Gemar membawa laju sehingga menyebabkan kemalangan dan ketakutan pemandu lain.

Amat kasihan. Bagaimana pula dengan spesis lelaki lembut yang memandu? Maaf, saya tidak yakin mereka akan bertindak sebagai pembuli di jalan raya.

Mungkin disebabkan semua pemandu F1 adalah lelaki jadi kelajuan dikaitkan dengan lelaki. Ini tidak adil! (dialog P Ramlee)

Untuk meneruskan tulisan ini, saya coretkan dakwaan pemandu pula.

Dakwaan pemandu perempuan:
1) mereka adalah pemandu yang cekap. Patuh akan peraturan jalan raya. Buktinya kebanyakan kemalangan jalan raya banyak melibatkan pemandu lelaki.

Saya ketawa terbahak2 mendengar dakwaan ini. Pemandu yang cekap? Tolonglah! Jika anda pergi mengambil ujian JPJ terutama bahagian bukit, kebanyakan calon yang keretanya terundur ke belakang adalah perempuan!

Seterusnya statistic kemalangan yang menyebut pemandu lelaki lebih banyak menyumbang ke arah kemalangan,, memang benar. Saya tak menafikannya. Tetapi cuba anda fikir, hampir 75% pemandu di jalan raya adalah pemandu lelaki. Jadi tidak mustahil pemandu lelaki lebih banyak ditimpa kemalangan kerana kadar kebarangkaliannya lebih tinggi.

Dakwaan pemandu lelaki:
1) mereka lebih berpengalaman dan bijak di jalan raya.
Mereka juga tenang dan tahu untuk mengawal kereta apabila keadaan cemas berlaku.

Hujah ini membuatkan saya ingin sendawa! Saya ingin menyelitkan suatu cerita di sini.

Tahun lepas, saya mengikuti ujian JPJ kereta. Bersama saya adalah rakan saya dan juga teman wanitanya. Apabila tiba giliran rakan saya ini untuk mengambil ujian di bahagian jalan besar, makwenya bercakap ‘good luck. Jangan gagal.’ Lantas disambut oleh rakan saya dengan beruknya ‘ala, orang lelaki kalau takat jalan besar ni dah biasa dah. Saya cuba tidak mengambil pot akan cakap itu. Malah mendoakan agar dia lulus.


Selang seketika dia pulang selesai mengambil ujian. Tetapi saya terkejut siamang apabila yang memandu kereta di waktu pulang adalah pegawai JPJ. Maknanya dia GAGAL! Saya diperhatikan oleh ramai orang di situ kerana ketawa berdekah-dekah. Makwenya juga tersenyum simpul. Rakan saya berasa amat malu. Nah, padan muka!

Mujur juga makwenya itu tidak berpaling kepada saya memandangkan saya lulus.hehe

Untuk kita membandingkan antara pemandu perempuan dan pemandu lelaki, samalah seperti kita membandingkan antara

Coca cola dengan pepsi…
Adidas dengan nike…
Utusan Malaysia dengan berita harian…
BMW dengan Mercedes…
KFC dengan Mc Daonald…

Dan juga Radzi dengan Tom Cruise? OPSSS….

Orang Tua...

Perkara yang paling membosankan ialah mendengar labon-labon kosong dari orang-orang pencen. Ketika saya kanak-kanak dulu saya pernah mendengar labon dari mulut polis pencen. Mamat pencen ini macam Tok Selampit, berlabon berjela-jela.

Dia bersurah tentang bagaimana dia berjaya menangkap gangster itu dan samseng ini satu ketika dahulu. Di penghujung cerita si Mamat ini akan berkata bahawa ‘polis ari ni tak macam dulu… dulu kami hebat…

’kebelakangan ini telah muncul satu lagi genre Tok Selampit baru. Tok Selampit baru ini ialah bekas menteri dan bekas Perdana Menteri. Mereka ini bersepah-sepah, pergi tersepak pulang terlanggar.

Anak sekolah atau anak-anak muda langsung tidak ambil pot terhadap orang pencen jenis ini. Malah mereka akan bertanya ‘Mahathir? Mahathir tu, yang jual kasut bundle kat pasar malam ke?’ Najib tu dia orang Mongolia ke?’Saya telah merasa bosan dengan surah dan labon Tok Selampit baru ini.

Saya marah kerana ceritera dan surah yang mereka labonkan TIDAK masuk akal dan amat memualkan.Baru-baru ini telah ada lagi satu perhimpunan orang-orang pencen ini dan orang-orang yang bakal pencen. Pusing punya pusing, putar punya putar Tok Selampit ini membuka labon yang paling membosankan – cerita MELAYU dan HAK BUMIPUTERA. Ini cukup loya lagi meloyakan.

Saya menolak hak bumiputera dan menolak hak keistemewaan ini. Saya tolak kerana ianya bohong dan karut. Ianya satu penipuan sama seperti Prince Cinderella mengakui bahawa dirinya keturunan raja.Orang-orang Melayu istemewa ini sama ada yang pencen atau yang akan pencen atau yang sedang berlabon sebagai Tok Selampit inilah sebenarnya yang telah menggadaikan hak asasi bangsa Melayu.

Contoh terakhir paling dekat dengan kita ialah penduduk Kampung Berembang di Jalan Ampang. Penduduk kampung ini telah meneroka kawasan ini 30 atau 40 tahun dahulu. Tiba-tiba tanah mereka akan dirampas oleh orang-orang Melayu yang ‘istemewa’ ini. Tanya dan jawab sendiri.

Orang-orang pencen yang berlabon berjela-jela yang menjadi Tok Selampit ini cukup senang untuk dikenali. Tanda utamanya ialah ucapan mereka akan bermula dengan ‘…. bangsa kita…’ dan berakhir dengan ‘ … kenapa kerajaan hari ini tidak melakukan….’

NOTA: Kepada pembaca yang tidak tahu apakah Tok Selampit sila berpindah ke Gunung Jerai.

Surat Untuk King Kong

Saya mempunyai banyak kenalan yang ‘king kong’ sifatnya. Awas, king kong di sini bukan bermaksud kenalan saya kuat makan mahupun berbadan besar. King kong yang saya maksudkan ialah mengagungkan budaya mat salleh.

Saya memberikan nama baru untuk budaya ini – budaya King Kong. Mengapa King kong?


Dalam filem ini si King Kong selalu mengharu-birukan dan mengacau penduduk tempatan. Untuk memenangi hati King Kong ,orang-orang kampung telah memberikan anak dara sebagai upahan agar dia tidak mengganas. Tetapi King Kong terus juga mengganas dan mengganggu kehidupan orang kampung.

Keadaan berubah apabila satu kumpulan Mat Salleh dari Amerika datang ke Borneo untuk membuat penggambaran sebuah filem. Kumpulan Mat Salleh ini telah sampai ke kampung King Kong. Orang-orang kampung telah menangkap seorang perempuan Mat Salleh dan dihadiahkan kepada King Kong.

Secara tiba-tiba King Kong yang berkulit hitam,berhidung kemek dan gagah perkasa telah dapat dipermain-mainkan oleh seorang perempuan Mat Salleh berambut ‘blonde’. Dengan hanya meloncat dan menari-nari si ‘blonde’ ini telah dapat menawan berahi si King Kong.

Persoalan timbul, kenapa King Kong tidak jatuh cinta dengan gadis tempatan? Kenapa gadis tempatan dibunuh?

Inilah yang saya dipanggil budaya King Kong – budaya yang senang dipengaruhi oleh apa sahaja yang berbentuk Mat Salleh. Pemilik budaya King Kong ini tidak memiliki budaya jati diri yang kukuh. Mereka akan merasa kecil diri jika mereka tidak berasosiasi rapat atau dikelilingi oleh benda-benda produk Mat Salleh. Begitu juga halnya percakapan. Anak2 muda sekarang gemar untuk bercakap bahasa Mat Salleh.

Ops..nanti dulu, saya tak bermaksud bahasa omputih tidak penting. Tetapi jika dilihat kita perlulah mengikut keadaan. Kalau dah kawan itu warganegaranya Malaysia dan makan nasi serta sambal belacan, takkanlah hendak ‘speaking’ juga. Kadang2 itu saya pelik, sms, berbual, ber’chatting’ pun menggunakan bahasa omputih. Lainlah jika kawan itu bernama Brad Pitt.

Apapun saya faham sesetengah dari kita sudah terbiasa untuk merojakkan bahasa melayu dengan bahasa omputih. Ini, saya sendiri juga terikut juga. Kadang2, saya berasa begitu sukar untuk menghentikan tabiat merojak ini. Apapun, saya cuba sedaya mungkin.

Mungkin juga saya dianggap ‘ala, kau tu mesti tak reti cakap omputih. Tu yang kau cakap camni.’ Hmmm saya tidak kisah digelar begini. Yang penting saya sudah ‘exempted’. Bagi saya tidak salah jika menggunakan bahasa omputih tetapi biarlalh di tempat yang sewajarnya.

Kepada King kong di luar sana, saya pasti pandangan ini tidak dipersetujui malah mungkin saya akan dituduh ‘ekeleh, kau pun sama apa tulis blog, komen chatting dalam bahasa omputih’. Saya terimanya dengan senang hati.

Yang penting, saya tidak menjadi king kong ketika berbual dengan kawan malaysia saya ketika berjalan di pasar malam. Terima Kasih.