"Matanya terus mengikuti saya."Ke ruang mana saya pergi dia pun turut sama. Setiap kali mata kami bertembung dia akan menunduk dan pura-pura menyusun buku. Apabila saya melangkah dia pun melangkah. Saya menapak ke hadapan dia pun menapak sama. Bila adegan ini berlaku berulang kali saya terbarai ketawa sendirian kerana saya teringat kepada watak arwah Peter Sellers dalam filem The Pink Panther. Bila saya ketawa besar dia bertambah curiaga dan menggelabah. Mungkin si pembantu ini merasa risau. Apakah saya ini baru sahaja keluar dari hospital TanjungRambutan atau jelmaan hantu raya.
Saya tersenyum kerana sedar bahawa para pembantu kedai ini bukan hendak membantu tetapi menjadi mata-mata gelap dalam kedai ini. Mereka menganggap bahawa saya adalah bakal pencuri yang akan mencuri buku. Inilah budaya yang memelikkan saya itu. Bakal pembeli dianggap pencuri dan pengotor.
Untuk menduga sama ada pembantu kedai buku ini betul-betul boleh membantu saya dalam hal buku saya pun menggamit dia datang. Lalu saya bersuara dalam Bahasa Inggeris lorat BBC. 'Tolong bantu. Saya memerlukan buku Kamasutra oleh Vatsyayana yang diterjemahkan oleh Sir Richard Burton cetakan Luxor Press. Cetakan pertama 1963. Besar kemungkinan ada ulangan cetak terbaru.' Untuk pengetahuan anda,Kamasutra adalah buku mengenai teknik- teknik ehem2 manakala Sir Richard Burton adalah penanam epal yang berjaya di Birmingham #61514;
Mulut si pembantu kedai buku ini ternganga dan matanya terkelip-kelip memandang muka saya. Untuk menenangkan hati anak muda ini saya pun bersuara, kali ini dalam bahasa Melayu. 'Kalau adik tak faham tidak perlulah mengekori abang. Abang cadangkan adik ini pergi belajar sains dan maths dalam bahasa Inggeris dahulu. Bila dah selesai belajar nanti baru boleh bantu abang…..bagi cium sekali…' lantas dia beredar. Sama ada dia malu ataupun takut dicium oleh saya tidaklah saya pasti. Yang penting saya BUKAN GAY!
5 comments:
haha kelakar ar wei citer ko. ko betul2 ckp ke ko nak cium dia?
agak2 ar ariel. ko ingat aku ni gay ke cam john? (emo john kalau dia dengar)
aku wat mimik bibir je. muka dia comel kot...huhu
woit, cinderella. bkn maen ko lg. kedai buku mana ko pergi? konfem lepas ni ko tak boleh masuk dah kedai tu.. weee
kua3 mmg btol pon apa ko tulis. kekadang tu aku nak carik buku pon xselesa dibuatnya. bila nak kuar dgn aku? :>
errr, zarief. ko nak kuar dgn aku ni nak gi kedai buku tu ke?haha
Post a Comment